Lirik lagu Ratu Syahada nyanyian
kumpulan In-Team dengan indah menceritakan mengenai sejarah Asiah,
isteri kepada Firaun yang kejam. Kisahnya yang menolak kemewahan dunia
demi cinta dan kasih kepada Allah menjadi pembakar semangat kepada umat
Islam seluruh dunia bagi menegakkan kebenaran agama Allah. Kisah Asiah
ini harusnya diketahui dan diselusuri oleh kita umat Islam sebagai
tauladan dalam mempertahankan agama Allah yang indah ini.
Di negeri Mesir terdapat kerajaan yang
diketuai oleh raja yang terakhir bernama Fir'aun yang terkenal dengan
kekejamannya. Setelah kematian isteri, beliau hidup sendirian. Pada
ketika itu ada seorang gadis jelita daripada keturunan keluarga Imran
yang baik-baik dan solehah yang bernama Siti Asiah dan sentiasa menjadi
sebutan di kalangan pemuda-pemuda Mesir kerana keperibadian dan
kejelitaannya.
Kisah kejelitaan Siti Asiah sampai ke
telinga Fir'aun. Beliau yang mendengar kejelitaan Asiah ingin sekali
menjadikan Asiah permaisurinya. Maka diutuskan seorang Menteri bernama
Haman untuk merisik. Ibu bapa Asiah bertanya kepada tuan empunya diri
tetapi Asiah menolak lamaran tersebut. Beliau berkata kepada kedua ibu
bapanya bahawa Fir'aun adalah seorang raja yang ingkar kepada Allah SWT
dan tidak berperikemanusiaan.
Tidak lama kemudian Haman, utusan
Fir'aun datang kembali untuk bertanyakan tentang lamaran tersebut.
Firaun terlalu marah setelah mendapat tahu yang lamaran Fir'aun ditolak.
Ibu bapa Asiah dihina. Haman kemudian pulang dan memberitahu kepada
Fir'aun akan berita buruk tersebut dan Fir'aun telah menjadi marah dan
memerintahkan supaya kedua ibu bapa Asiah ditangkap. Mereka diseksa dan
dimasukkan ke dalam penjara. Setelah itu Asiah ditangkap dengan
menggunakan kekerasan dan kemudian dibawa ke istana Fir'aun dan bertemu
dengannya. Di hapadapan Fir'aun, Asiah bertemu dengan kedua ibu bapanya
di dalam penjara. Asiah sedih melihat keadaan kedua orang tuanya yang
diseksa oleh Fir'aun.
Fir'aun berkata:
"Hai Asiah, jika engkau seorang anak yang baik, tentulah engkau akan sayang terhadap orang tuamu, maka oleh kerana itu engkau boleh pilih satu antara dua. Kalau kau menerima lamaranku bererti engkau akan hidup senang dan akan aku bebaskan kedua orang tuamu. Dan sebaliknya jika engkau menolak lamaranku,maka aku akan perintahkan mereka untuk membakar hidup-hidup kedua orang tuamu di hadapanmu."

Oleh kerana ancaman itu, maka Siti Asiah terpaksa menerima pinangan Fir'aun. Namun beliau meletakkan beberapa syarat:
1. Fir'aun harus membebaskan kedua ibubapanya.2. Harus membuatkan rumah yang indah lengkap dengan perkakas3. Orang tuanya harus dijamin kesihatan beserta makan dan minumnya.4. Asiah bersedia menjadi isteri Fir'aun, hadir dalam acara-acara tertentu tetapi tidak bersedia tidur bersama Fir'aun.

Sekiranya permintaan-permintaan tersebut tidak dipersetujui, beliau rela mati dibunuh bersama kedua ibu bapanya.
Akhirnya Fir'aun bersetuju menerima syarat-syarat tersebut dan memerintahkan supaya Asiah dibebaskan. Kini Asiah hidup mewah dan tinggal bersama-sama Fir'aun di dalam istana yang indah. Namun harta yang melimpah tidak mempengaruhi kehidupan peribadi Asiah. Asiah tidak pernah engkar terhadap perintah agama. Beliau tetap taat mengerjakan ibadah kepada Allah SWT. Pada malam hari beliau selalu mengerjakan solat dan beribadah kepada Allah SWT. Beliau sentiasa berdoa agar kehormatannya tidak disentuh oleh orang kafir miskipun suaminya Fir'aun. Bagi menyelamatkan Asiah dan menjaga kehormatannya, Allah SWT menciptakan iblis yang menyamar dirinya sama seperti rupa Asiah untuk tidur bersama Fir'aun.

Fir'aun sebenarnya mempunyai seorang
pegawai yang amat dipercayai dan rapat dengannya yang bernama Hazaqil.
Hazaqil berjaya merahsiakan identitinya yang sebenar. Hazaqil amat taat
dan beriman kepada Allah SWT. Beliau adalah suami kepada Siti Masyithah
yang bekerja sebagai juru hias istana yang juga taat dan beriman kepada
Allah SWT.
Pada suatu hari maka terjadilah
perdebatan yang hebat antara Fir'aun dengan Hazaqil di mana Fir'aun
menjatuhkan hukuman mati terhadap ahli sihir yang beriman kepada Nabi
Musa AS. Hazaqil menetang keras hukuman yang dijatuhkan kepada mereka
semua kerana mereka semuanya beriman kepada Allah SWT. Mendengar
kata-kata Hazaqil, Fir'aun menjadi marah. Akhirnya Fir'aun mengetahui
yang Hazaqil engkar kepada beliau. Hazaqil kemudiannya dijatuhkan
hukuman mati. Hazaqil menerimanya dengan tabah dan tidak merasa gentar
demi membela kebenaran. Hazaqil meninggal dunia dengan kedua-dua
tangannya diikat pada pohon kurma dengan tembusan beberapa anak panah.
Isterinya yang bernama Masyitah sedih sekali di atas kematian suaminya
yang tersayang itu. Beliau sentiasa dirundung kesedihan dan tiada lagi
tempat mengadu kecuali kepada 2 orang anaknya yang masih kecil. Pada
suatu hari Masyitah mengadu nasib kepada Asiah mengenai nasib yang
menimpa dirinya. Di akhir perbicaraan mereka, Asiah juga menceritakan
keadaan dirinya yang sebenar. Hasil daripada perbicaraan itu, barulah
kedua-duanya mengetahui perkara sebenar bahawa mereka adalah wanita yang
amat beriman kepada Allah SWT dan Nabi Musa AS.
Asiah binti Mazahim merupakan seorang
wanita Mesir yang baik budi pekertinya dan bijaksana dalam pemikirannya.
Oleh kerana dia memiliki kecantikan yang tiada tolok bandingan, dia
dipaksa berkahwin dengan Firaun, raja Mesir yang berkuasa pada ketika
itu.
Pada suatu hari ketika Asiah sedang duduk bersantai bersama dayang-dayang istana, dia terlihat sebuah kotak kayu terapung-apung di tepian sungai yang mengalir merentasi istana Firaun.
Pada suatu hari ketika Asiah sedang duduk bersantai bersama dayang-dayang istana, dia terlihat sebuah kotak kayu terapung-apung di tepian sungai yang mengalir merentasi istana Firaun.
"Ambil kotak itu dan bawa kepada beta," arah Asiah kepada salah seorang dayang yang berdiri di tepinya.
Dayang itu berlari pantas ke arah kotak
yang sedang terapung-apung di tepian sungai. Dia mengangkat kotak kayu
itu dari permukaan sungai lalu dibawakan kepada Asiah. Dia
berdebar-debar untuk mengetahui isi kandungan kotak kayu itu.
"Comelnya bayi lelaki dalam kotak kayu ini!," jerit hati Asiah apabila penutup kotak kayu itu terbuka.
Pada ketika itu, Firaun memerintahkan
masyarakatnya membunuh semua bayi lelaki Bani Israel kerana dia bermimpi
bayi tersebut akan menghancurkan dan membinasakan kerajaan pemerintahan
Firaun.
Apabila berita penemuan bayi lelaki itu sampai ke telinga Firaun, maka dia bergegas ke tempat Asiah dan bayi lelaki itu.
"Pengawal! Bunuh bayi ini sekarang..." Perintah Firaun kepada pengawal yang mengiringinya ke kamar Asiah.
"Bukankah kita tidak mempunyai anak
lelaki. Anak lelaki ini dapat kita jadikan anak angkat. Saya merayu
supaya bayi ini tidak dibunuh kerana saya sudah sayang kepadanya.
'Dia akan memberikan manfaat kepada kita
berdua apabila dewasa nanti," Asiah menghalang niat jahat Firaun dengan
kata-kata bijaksananya.
"Baiklah. Saya tidak akan bunuh bayi ini
kerana perasaan cinta saya pada kamu," Firaun akur dengan permintaan
isterinya, lalu keluar dari kamar itu.
Asiah memberi nama Musa kepada bayi tersebut dan memeliharanya sehingga dewasa di istana Firaun.
Apabila nabi Musa mula berdakwah
menyebarkan ajaran Allah, maka Asiah terus menjadi salah seorang
pengikutnya tanpa pengetahuan Firaun dan orang sekelilingnya.
Pada suatu hari, Asiah duduk menyisir rambut anak perempuannya di kamar tidur. Tiba-tiba sikat yang digunakan Asiah bagi menyisir rambut anaknya jatuh dengan kehendak Allah.
Pada suatu hari, Asiah duduk menyisir rambut anak perempuannya di kamar tidur. Tiba-tiba sikat yang digunakan Asiah bagi menyisir rambut anaknya jatuh dengan kehendak Allah.
Asiah yang terkejut dengan kejadian itu terus berkata, "Binasalah Firaun yang dilaknat Allah dengan izinnya."
"Dengan nama Allah," ucap Asiah tanpa menyedari anaknya memerhatikan perbuatannya dengan perasaan hairan.
"Ibu, adakah tuhan lain selain ayah?
Adakah ibu sudah menganut agama yang dibawa oleh Musa? Mengapa ibu
sanggup mengikut agama Musa? Bukankah ibu menyelamatkan Musa sewaktu
kecil apabila dia akan dibunuh oleh ayah," anaknya bertanya pelbagai
soalan kepada Asiah dan menanti jawapannya.
"Firaun, ayah kamu adalah manusia biasa
seperti kita semua dan bukan tuhan. Tuhan sebenar adalah Allah, tuhan
semesta alam!" jawab Asiah tanpa perasaan takut dan gentar.
"Biar saya adukan perkara ini kepada ayah!," balas anaknya, lalu dia lari keluar dari bilik itu dan pergi mengadu kepada Firaun.
Firaun yang mendengar aduan anaknya
berasa sangat marah dengan Asiah. Dia tidak menyangka Asiah sudah
mengikut ajaran Allah walaupun dia melarang sesiapa sahaja di Negara
Mesir mengikuti ajaran Allah.
Orang yang mengingkari larangan itu akan
dijatuhkan hukuman berat jika diketahui oleh Firaun. Kini isterinya
sudah mengikut ajaran Allah, maka dia harus berbuat sesuatu supaya
isterinya keluar dari agama Allah.
"Dengarlah nasihat saya, wahai Asiah yang amat saya cintai dan sayangi.
"Keluarlah dari agama yang dibawa oleh
Musa. Saya akan berikan segala harta dan istana di Mesir sebagai
hadiah," Firaun cuba berlembut dan memujuk Asiah dengan kata-kata
manisnya.
"Saya tidak akan sekali-kali keluar dari
agama ajaran Musa yang benar dan suci. Nanti saya akan dimurkai oleh
Allah, tuhan yang mencipta saya.
"Jika saya tetap dalam agama ini, saya percaya Allah akan memberikan syurga yang lebih baik dari harta dan istana kamu," tegas Asiah yang tenang dan berani bertentang mata dengan Firaun yang menyala dengan api kemarahan.

Usaha Firaun memujuk isterinya menemui
jalan buntu. Dia tidak mahu menghukum Asiah kerana perasaan kasih sayang
dan cinta yang mendalam terhadap isterinya. Dia cuba memikirkan cara
lain bagi melembutkan hati Asiah supaya dia tidak beriman dengan ajaran
nabi Musa.
Namun, semua ikhtiarnya gagal dan tidak
menemui jalan penyelesaian. Firaun termenung. Wajahnya terbayang seribu
kekecewaan kerana gagal memujuk Asiah. Akhirnya, dia mengambil keputusan
menggunakan kekerasan kepada Asiah supaya dia berpaling dari agama
Musa.
"Pengawal, tangkap Asiah dan bawa dia berjumpa beta sekarang!," perintah Firaun dengan nada keras.
"Oleh kerana kamu masih berdegil mahu mengikuti ajaran agama Musa, beta jatuhkan hukuman berat ke atas kamu," kata Firaun lagi.
"Pengawal, bawa perempuan ini ke tanah tinggi dan ikatkan pada empat batang kayu. Pakukan empat kayu itu ke bumi dengan menelentangkan badan perempuan ini menghadap langit.
"Pengawal, bawa perempuan ini ke tanah tinggi dan ikatkan pada empat batang kayu. Pakukan empat kayu itu ke bumi dengan menelentangkan badan perempuan ini menghadap langit.
"Biarkan bahang matahari yang panas, dan
sejuk malam menyeksanya," Firaun meminta para pengawalnya menjalankan
hukuman ke atas Asiah dengan segera.
"Allah! Allah! Allah!," mulut Asiah tidak henti-henti menyebut kalimat Allah sepanjang hukuman itu dijalankan.
"Ya Allah! Saya mohon supaya dilindungi
dari bencana Firaun dan dianugerahkan sebuah rumah di syurga," doa Asiah
yang terseksa dengan pancaran matahari yang sangat panas dan terik.
Akhirnya Asiah dapat melihat rumahnya di
syurga dengan kehendak Allah yang membuka hijabnya. Hatinya sangat
gembira sehingga lupa pada penderitaan dan kesakitan yang sedang
diharunginya.
Selepas beberapa lama tempoh penyeksaan
itu berlalu, Asiah akhirnya menghembuskan nafasnya yang terakhir dengan
kalimat Allah di mulutnya.
Begitulah kisah wanita yang berhati
waja. Dia tetap dalam keimanannya kepada Allah walaupun diseksa sehingga
mati tanpa belas kasihan.
No comments:
Post a Comment