design

Isi Kandungan

Langkah 1: Kenal pasti Kata Kunci
i.Baca arahan soalan dengan teliti untuk mengenal pasti kata kunci soalan.
ii.Kata kunci terdapat dalam bahagian arahan yang bercetak dengan huruf tebal.
iii.Contoh kata kunci soalan: sebab, akibat, faedah, punca, masalah, tindakan & cara mengatasi
Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis suatu ringkasan tentang faktor-faktor peningkatan kadar kemalangan di jalan raya. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal perkataan. Kata kunci dalam arahan ringkasan ini ialah faktor-faktor.

Langkah 2: Garis isi-isi penting
i.Baca petikan sepintas lalu untuk mengetahui tema petikan.
ii.Baca petikan sekali lagi sambil garisi isi-isi penting yang berhubungan langsung dengan kata kunci arahan soalan.
iii.Lihat contoh berikut:
  Kajian pelbagai pihak mendapati terdapat beberapa punca yang menyumbang kepada peningkatan kadar kemalangan jalan raya. Punca utamanya ialah kecuaian pengguna.

Isi 1: Kajian pelbagai pihak mendapati terdapat beberapa punca yang menyumbang kepada peningkatan kadar kemalangan jalan raya. Punca utamanya ialah kecuaian pengguna.

Isi 2: Mereka sering cuai dalam melakukan pemeriksaan ke atas kenderaan seperti tayarkeadaan brek dan 
bahagian lain sebelum berada di jalan raya. 

Isi 3: Mereka juga ada kalanya cuai semasa memandu seperti menggunakan telefon bimbit sama ada untuk 
berbual atau menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS).

Langkah 3: Ringkaskan Ayat
i.Ringkaskan ayat-ayat yang mengandungi isi-isi itu dengan memotong atau menggugurkan bahagian yang tidak penting dalam ayat.
ii.Aspek-aspek dalam ayat yang boleh digugurkan:
3.1 Contoh-contoh yang dikemukakan:
Ayat daripada petikan
Kita hendaklah prihatin akan nasib golongan yang kurang bernasib baik seperti orang yang kurang upayaorang tua yang uzur, orang miskin dan anak-anak yatim.


Ayat yang telah diringkaskan
Kita hendaklah prihatin akan nasib golongan yang kurang bernasib baik.

3.2 Keterangan yang terdapat dalam ayat
Ayat daripada petikan
Bantuan yang berupa wang ringgit dan alat-alat kemudahan asas yang diberikan kepada golongan kurang bernasib baik ini diharap dapat meringankan penderitaan mereka.

Ayat yang telah diringkaskan
Bantuan yang diberikan kepada golongan bernasib baik ini diharap dapat meringankan penderitaan mereka.

3.3 Nama orang yang membuat pernyataan
Ayat daripada petikan
Menurut Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abd. Razak, kerajaan amat prihatin akan nasib golongan kurang bernasib baik dan sentiasa membela mereka.

Ayat yang telah diringkaskan
Kerajaan amat prihatin akan nasib golongan kurang bernasib baik dan sentiasa membela mereka.

3.4 Unsur Pilihan
Ayat daripada petikan 
Golongan kurang upaya atau golongan miskin wajar diberi peluang meningkatkan kemahiran dalam bidang teknikal supaya dapat mencari pendapatan dengan kemahiran tersebut.

Ayat yang telah diringkaskan
Golongan kurang upaya wajar diberi peluang meningkatkan kemahiran mereka dalam bidang teknikal.


Langkah 4: Tulis ayat dalam satu perenggan dan gunakan penanda wacana

i.Tulis semua ayat tersebut dalam satu perenggan.
ii.Gunakan penanda wacana untuk menghubungkaitkan ayat tersebut.
iii.Penanda wacana penting bagi mewujudkan kesinambungan idea dalam ringkasan itu.
iv.Terdapat 2 jenis penanda wacana, iaitu yang menyokong idea sebelumnya dan bertentangan dengan idea sebelumnya.

Menyokong idea sebelumnya
Di samping itu
Oleh itu
Tambahan pula
Malahan
Selain itu
Seterusnya
Lagipun

Bertentangan dengan idea sebelumnya
Namun demikian
Akan tetapi
Sebaliknya
Sungguhpun demikian
Kontradiknya
Walau bagaimanapun
Namun





ll

No comments: